Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 14, 2018

PEKERJA LADANG KERUGIAN RM1,400 DITIPU PANGGILAN SCAMMER


PDRM


Seorang pekerja ladang mengalami kerugian RM1,400 selepas terperdaya dengan panggilan palsu yang diterima daripada sebuah bank pada Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, 44, telah menerima panggilan telefon yang memperkenalkan diri sebagai Ahmad daripada sebuah bank di Kuala Lumpur dan mendakwa mangsa ada membuat pinjaman peribadi sebanyak RM30,000 dengan cawangan bank berkenaan di Terengganu.

"Setelah percaya, panggilan mangsa telah disambungkan ke Balai Polis Terengganu dan pengadu bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai sarjan yang mendakwa mangsa telah terlibat dengan kes jenayah berat.

"Selepas itu, sarjan berkenaan meminta pengadu bercakap dengan pegawai atasannya yang kemudian memintanya mencari penjamin selain mengarahkannya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun untuk wang jaminan mahkamah," katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Susulan itu, Wazir berkata mangsa telah pergi ke sebuah bank di Mentakab dan memasukkan RM1,400 ke dalam akaun yang diberi oleh suspek.

Katanya, mangsa kemudian cuba menghubungi semula suspek namun gagal sebelum menyedari telah diperdaya dan membuat laporan polis, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


0 comments:

share2