Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 14, 2018

[KUANTAN] RM16.8 JUTA PEMBAYARAN FAEDAH KEPADA PEMCARUM


RM16.8 juta pembayaran faedah kepada pencarum


Sejumlah RM16.8 juta pembayaran faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang diberikan kepada pencarum bagi tempoh Januari hingga November tahun lalu.

Pengarah Perkeso negeri, Abu Hurairah Ahmad berkata, berdasarkan statistik, jumlah tertinggi pembayaran adalah faedah hilang upaya kekal iaitu RM10.03 juta, diikuti hilang upaya sementara (RM4.4 juta) dan pencen penakat (RM1.009 juta).

Menurutnya, selain itu, faedah pengurusan mayat berjumlah RM761,000, pencen ilat (RM460,609) dan faedah orang tanggungan (RM118,943).

"Justeru, mereka yang bekerja diminta peka terutama majikan masing-masing untuk memastikan caruman dilaksanakan, sekaligus memudahkan segala urusan sekiranya pencarum terbabit dalam kemalangan ketika bekerja.

"Kita minta semua pekerja memastikan slip gaji yang mereka terima itu tertera caruman Perkeso dan jika tiada, mereka boleh memaklumkan kepada Perkeso," katanya selepas menyampaikan cek faedah Perkeso di Wisma Perkeso Pahang, di sini.

Pada majlis itu, seramai 10 pencarum menerima faedah keseluruhannya berjumlah RM390,000 membabitkan faedah hilang upaya kekal, faedah pencen ilat dan alatan pemulihan.

Abu Hurairah berkata, objektif skim keselamatan sosial adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka kepada pekerja itu.

"Perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional juga disediakan di samping mengambil langkah mencegah kejadian kemalangan dan meningkatkan keselamatan pekerjaan.

"Kemudahan pemulihan bertujuan untuk membolehkan pekerja yang ditimpa kemenangan kembali bertugas secepat mungkin," katanya.


0 comments:

share2