Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 14, 2018

MCA: KENAPA SYARIKAT FESYEN TERBABIT PROJEK TEROWONG P.PINANG?





MCA mempersoalkan pembabitan syarikat fesyen tempatan yang menjadi pemegang saham syarikat tujuan khas (SPV) dalam projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata sebelum ini, kerajaan negeri diterajui DAP memaklumkan bahawa dua syarikat pembinaan China akan menjadi pemegang saham dalam SPV.

“Namun hari ini, pemeriksaan kami menunjukkan dua syarikat pembinaan China itu tidak langsung disenaraikan sebagai pemegang saham SPV,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, sebaliknya, sebuah syarikat fesyen bernama Voir dijadikan pemegang saham SPV dengan 39 peratus saham selebihnya dipegang beberapa penama lain.

Pada 31 Ogos tahun lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Voir berhasrat mengembangkan perniagaan dengan memasuki bidang pembinaan apabila membeli 13.21 faedah ekuiti dalam Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Consortium Zenith Construction merupakan syarikat yang memenangi tender projek terowong dasar laut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini menegaskan bahawa kontrak berkenaan diberikan melalui tender terbuka.




Laporan itu turut mendedahkan bahawa Consortium Zenith Construction dan Voir berkongsi pengerusi yang sama.

Sementara itu, Ka Siong menuntut kerajaan Pulau Pinang menjelaskan pembabitan Voir dalam projek berkenaan.

“Rakyat Pulau Pinang berhak tahu kenapa terowong dasar laut berbilion mereka kini akan dibina dengan pembabitan syarikat fesyen kecil tempatan berbanding dua syarikat berpengalaman dan berdana besar seperti yang dijanjikan,” katanya.

Pada ketika ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasata projek terowong dasar laut berkenaan yang menyaksikan agensi itu menyerbu KOMTAR dan syarikat berkaitan.


0 comments:

share2