Mangsa-mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan
Banjir berada dalam keadaan selesa dengan sistem kubikal yang disediakan.
Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan
Multimedia Negeri Pahang, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin yang melakukan tinjauan di
pusat-pusat pemindahan banjir sekitar
Bandar Indera Mahkota berpuas hati kerana agensi yang menguruskan mangsa-mangsa
pemindahan banjir sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.
“Sistem kubikal yang menempatkan paling ramai 5 orang untuk
setiap kubikal sangat selesa untuk mereka. Walaupun kita harap banjir cepat
lega supaya mereka dapat pulang ke rumah masing-masing, kita tidak bimbang
dengan keadaan keselamatan mereka di sini.”
“Saya rasa pusat-pusat pemindahan banjir yang lain. Pihak
jabatan yang berkaitan cuba memberi keselesaan dengan kebersihan terutama
wanita yang hendak menukar pakaian serta solat boleh dilakukan dalam kubikal
dengan selesa ” kata beliau.
Dalam tinjauan di Pusat Pemindahan Banjir Wisma Belia,
pentadbiran diuruskan oleh Majlis Perbandaran Kuantan dan kerja memasak
dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia serta dibantu oleh mangsa-mangsa
banjir serta sukarelan dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO.
0 comments:
Post a Comment