KUANTAN: Jumlah
mangsa banjir yang berpindah akibat banjir di Pahang meningkat ke 3177 orang
membabitkan 832 keluarga sehingga pukul 8.00 malam tadi.
Keadaan keselamatan berada dalam keadaan Kuning.
Pusat Pemindahan yang mula beroperasi pada 1hb Januari lalu
telah meningkat kepada 17 buah dan semakin banyak dijangka akan dibuka
berikutan ramalan hujan malam ini serta air laut pasang.
Sementara itu seorang kanak-kanak berumur 7 tahun dipercayai
mati lemas akibat mandi di tempat kawasan banjir Kampung Padang Jaya/Sg.Lembing. Mangsa
dikatakan mandi di tempat kejadian
bersama seorang adiknya yang terselamat ketika kejadian berlaku.
0 comments:
Post a Comment