Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 17, 2018

[KUANTAN] KERABAT PAHANG TUNTUT POLIS SIASAT MAHFUZ, PENYEBAR VIDEO


Kerabat Pahang tampil buat laporan


Badan Kebajikan dan Kerabat Pahang (BKKP) bersama tiga lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, kerana didakwa memperlekehkan dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya.

Ahli Jawatankuasa BKKP, Dato' Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, berkata pihaknya kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan Mahfuz itu dan mendesak tindakan tegas diambil mengikut peruntukan undang-undang dikenakan terhadap Ahli Parlimen terbabit.

''Sebagai badan mewakili kerabat Pahang, sudah pasti kenyataan sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada seorang ahli politik yang berpengalaman.

"Saya juga membuat laporan polis supaya tindakan tegas diambil terhadap individu yang menyebarkan video Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam di bilik peraduan baginda.

"Saya harap polis menyiasat siapa individu itu yang bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan di internet sehingga menjadi tontonan umum," katanya pada sidang media selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam.

Selain BKKP, tiga NGO lain iaitu PEKIDA Pahang, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang dan Persatuan Muaythai Negeri Pahang turut membuat laporan sama di IPD Kuantan.


0 comments:

share2