Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 10, 2018

BANJIR: PPS MARAN, LIPIS DITUTUP


Banjir baru


Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan sedikit, selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Maran dan Lipis ditutup pada tengah hari ini.

Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dua PPS itu iaitu Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran dan Dewan Terbuka Kampung Serau, Lipis sebelum ini masing-masing menempatkan tiga sekeluarga.

Daerah Pekan kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 308 mangsa di lima PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Temai yang menempatkan 122 orang, Pusat Pemindahan Pulau Manis (75 orang), Dewan Serbaguna Tanjung Pulai (39 orang), SK Acheh (34 orang) dan Pusat Pemindahan Kampung Lamir (38 orang).

Di Raub, 69 mangsa banjir ditempatkan di PPS Masjid Jamek Kuala Semantan (30 orang), Balai Raya Kampung Tersang (26 orang) dan Surau RRM Cheroh (13 orang).


0 comments:

share2