Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 16, 2018

BANJIR DI PEKAN BERANSUR PULIH, HANYA TIGA PPS BEROPERASI


Banjir baru


Banjir di Pekan beransur pulih apabila hanya tinggal 477 mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 9 malam tadi berbanding 619 orang di lima PPS petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata, dua PPS di Pekan iaitu Pusat Pemindahan Kampung Lamir yang menempatkan 55 orang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Merchong Jaya (87) telah ditutup selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang.

"Tiga lagi PPS yang masih beroperasi ialah SK Sinar Mutiara (375), SK Temai (93) dan SK Aceh yang menempatkan sembilan orang," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


0 comments:

share2