Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 14, 2017

[MARAN] 'TAK RUGI MENCARUM PERKESO'


‘Tak rugi mencarum Perkeso’


Setiap warganegara yang bekerja digesa mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai persediaan menjamin masa depan jika ditimpa kemalangan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, tidak perlu berasa rugi mencarum kerana manfaat bakal diterima jika berdepan ujian musibah adalah besar.

“Tak rugi mencarum dengan Perkeso atau beli insurans pekerja kerana manfaatnya besar jika ditimpa kemalangan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja sendiri termasuk mereka yang bekerja kampung.” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 426,435 majikan berdaftar dan aktif dengan Perkeso membabitkan jumlah pekerja 6.5 juta.

"Sebahagian besar mereka yang berdaftar dengan Perkeso telah mendapat pembelaan," katanya yang juga Ahli Parimen Maran.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, sejak Januari sehingga September tahun ini Perkeso telah membayar RM2.397 bilion kepada 524,047 pencarumnya melibatkan pelbagai tuntutan melibatkan kemalangan.

"Perkeso menyediakan lebih 10 jenis bantuan kemalangan termasuk faedah perubatan, bantuan pemulihan jasmani dan vokasional, elaun layanan sentiasa, faedah pengurusan mayat, faedah orang tanggungan, hilang upaya sementara, pencen penakat, pencen bantuan ilat dan hilang upaya kekal.

"Bayaran tuntutan pencen penakat paling tinggi iaitu RM862,591,366 juta sehingga September tahun ini kepada 271,009 pencarum manakala sebanyak RM1,052,322,582 lagi telah dibayar kepada 249,018 pencarum pada 2016.

“Manakala pembayaran pencen bantuan ilat sebanyak RM506,026,173 juta kepada 82,420 pencarum tahun ini berbanding tahun lalu sebanyak RM611,476,186 juta membabitkan 58,436 pencarum dan pembayaran tuntutan hilang upaya kekal pula RM407,566,557 juta membabitkan 35,610 pencarum tahun ini berbanding 2016 sebanyak RM500,102,671 juta kepada 40,014 pencarum.

“Selain itu, untuk membantu pekerja yang kemalangan dapat meneruskan kerja, Perkeso turut menyediakan skim pemulihan jasmani dan vokasional kepada 2,784 pencarum membabitkan perbelanjaan sebanyak RM42.297 juta tahun ini berbanding 2016 sebanyak RM49.418 juta membabitkan 7,039 orang," katanya selepas menyerahkan katil dan kerusi roda kepada suri rumah Junaidah Harun di Kampung Sentosa di sini, kelmarin.

Hadir sama, Adun Luit Norhidayah Mohd Sahaimi dan Pengurus Perkeso daerah Temerloh Tarmizi Mokhtar.


0 comments:

share2