Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 14, 2017

[BUKIT TINGGI] MANGSA TAK JATUH, SELAMAT DITEMUI ANGGOTA KESELAMATAN


Mangsa tak jatuh, selamat ditemui anggota keselamatan


Seorang mangsa yang dikatakan terjatuh ke dalam lubang air di Berjaya Hills Resort yang tular di media sosial sejak semalam telah dijumpai oleh anggota penyelamat.

Namun, mangsa yang merupakan warga Nepal yang berusia seawal 30 an yang dikatakan jatuh itu tidak dijumpai di dalam lubang air malah dijumpai di sekitar resort tersebut pada jam 9.30 pagi.

Pemangku Ketua Polis daerah Bentong, Deputi Superintenden Zainudin Abdul Hamid berkata siasatan awal mendapati mangsa telah lari dari majikannya yang dipercayai bekerja di Genting Highlands dan majikannya telah pun membuat laporan polis tentang kehilangan pekerjannya.

Menurutnya, mangsa telah lari sehingga ke lubang air tersebut dan telah menanggalkan pakaiannya berdekatan dengan lubang air dan hilang sejak Isnin lalu.

"Pada mulanya kita beranggapan bahawa mangsa terjatuh ke dalam lubang tersebut namun dengan ketangkasaan anggota, pihak kita berjaya menjumpai mangsa pada.

"Kita menjumpai mangsa berdekatan dengan tempat yang dia hilang pada jam 9.30 pagi dan kita telah pun serahkan warga Nepal tersebut kepada majikannya,"katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Tambahnya, kita bersyukur mangsa dalam keadaan selamat ketika ditemui dan motif dia melarikan diri kita tidak dapat mengenal pasti disebabkan keadaan dirinya yang dipercayai tidak berapa waras.


0 comments:

share2