Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 16, 2017

PEMILIHAN CEC DAP: ISU KOTOR & TAK MASUK AKAL




Pemilihan semula CEC DAP selesai pada 12 November 2017. Ianya rasis, tidak demokratik dan wujud kronisme yang sangat jelas dan melampau.

Tetapi satu perkara yang penulis 'kagum' ialah kaedah regim DAP menenggelamkan elemen-elemen besar tersebut supaya hilang dan tidak lagi menjadi topik perbualan rakyat. Mereka menimbulkan banyak isu dengan menuding jari kepada semua pihak. Isu-isu ini kemudiannya dijadikan berita-berita sensasi hingga menyebabkan rakyat tidak lagi mempersoalkan 3 elemen kotor dalam pemilihan semula CEC DAP.

Dan tempohnya begitu singkat. Hari ini (3 hari selepas pemilihan), tidak ada satu pun berita tentang CEC DAP. Lim Guan Eng dan bapanya boleh tidur nyenyak.

Satu perkara yang sangat jelas ialah calon-calon Melayu telah dimalukan dan dibuang oleh seluruh perwakilan DAP. Tidak ada satu pun calon Melayu yang dipilih.

Senarai calon Melayu yang bertanding :
Solaiman - 27 undi
Zulkifli - 11 undi
Roseli - 8 undi
Tengku Zul - 465 undi
Ahmad Bin Ton - 168 undi
Ariffin - 171 undi

Malah, Karpal Singh yang sudah meninggal dunia pun mendapat undi lebih banyak daripada kebanyakan calon Melayu yang bertanding. Bukankah itu petanda yang Melayu tidak mungkin akan dipilih ke dalam kepimpinan tertinggi?

Ini adalah rasis yang sangat melampau. Lebih-lebih lagi usia parti DAP yang menjangkau usia 51 tahun tetapi mereka masih gagal mencapai status parti berbilang kaum yang sebenarnya. Memalukan!

Seperkara lagi, undi yang diterima oleh Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng hanya sekitar 47% daripada jumlah perwakilan keseluruhannya (2,514 orang). Mana mungkin 47% boleh mewakili majoriti ahli-ahli parti tersebut?

Malah, prestasi Lim Guan Eng merudum dan semakin tidak mendapat sokongan ahli-ahlinya sendiri. Kali ini beliau hanya mendapat 1,180 undi sahaja, jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pemilihan CEC DAP sebelumnya (1,576 undi pada 2012 dan 1,304 undi pada 2013). Memalukan!


Yang turut tidak masuk akal ialah,
Tan Kok Wai (1,021 undi) yang menduduki tangga 9, memegang jawatan Pengerusi DAP.
Manakala Gobind Singh Deo (1,198 undi) yang berada di tangga 2, hanya memegang Timbalan Pengerusi DAP dan bukannya Pengerusi DAP atau pun Setiausaha Agung DAP.
Yang tidak tahu malu ialah Lim Guan Eng yang memegang jawatan terpenting parti iaitu Setiausaha Agung DAP walau pun beliau (1,180 undi) tersungkur di bawah Gobind Singh Deo.

Segalanya ini menunjukkan bahawa parti DAP tidak mengamalkan demokrasi suara ahli-ahli partinya sendiri dan masih ada orang yang percaya dengan parti rasis dan cauvinis ini seperti Dr Mahathir Mohamad.

Hanya 53% (1,356 daripada 2,514) perwakilan yang hadir. Benarkah jumlah kehadiran tersebut atau terdapat pembohongan untuk mencukupkan kuota bermesyuarat?

Bagaimana pula dengan kaedah mengundi dan kertas undi tersebut? Bukankah kertas undi itu telah dipertikaikan kerana menimbulkan keraguan tentang kesahihannya?

Dalam masa yang sama, ianya satu tamparan hebat kepada DAP dan kepimpinan parti cauvinis itu sedang berdepan dengan masalah dalaman dan ditolak secara senyap oleh perwakilan DAP. Dan sebenarnya, tidak ada satu pun parti politik di negara ini yang kehadirannya hanya 53% semasa pemilihan kepimpinan parti kecuali DAP.

Persoalannya, apakah ketidakhadiran perwakilan DAP ini akan diterjemahkan kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong DAP tidak akan mengundi parti cauvinis itu lagi pada PRU14 nanti?

Kita tunggu juga respons Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Seperkara lagi, penulis hairan kerana dengan pelbagai keraguan, kronisme, kerasisan dan tidak demokratik tentang pemilihan semula CEC DAP ini tetapi pemimpin-pemimpin dari parti lawan DAP tidak lagi bersuara, menghentam dan menjatuhkan kredibiliti seluruh kepimpinan DAP yang dilantik.


0 comments:

share2