KALAU si Lim Guan Eng ini yang bantai Kerajaan Pusat, dia tak kira apa dah.
Tidak kiralah sama ada Kerajaan Pusat sudah bantu mangsa banjir di Pulau Pinang tempoh hari, ketua menteri macam Guan Eng ini `hemoi' sahaja kutuk itu ini kerajaan.
Cara dia spin atau putar belit seolah-olah tiada sekelumitpun bantuan untuk mangsa banjir dihulurkan kerajaan Pusat.
Tapi, cuba kita semua rakyat Malaysia teliti senarai bantuan kerajaan dan ngo pro-kerajaan Kepada mangsa banjir di Pulau Pinang berikut:
1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sediakan RM1 bilion.
2. Kelab Putera 1Malaysia hantar 60 kontena berisi makanan dan sebagainya.
3. Bank Negara Malaysia sediakan RM500 juta untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas banjir.
4. Imigresen bagi penggantian passport percuma.
5. PTPTN beri kelonggaran boleh membuat penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman.
6. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merupakan antara bantuan paling awal diberikan kepada mangsa sebelum Guan Eng hubungi pasukan keselamatan itu.
Seramai 200 anggota terlibat. Aset ATM yang dikeluarkan adalah dua helikopter Agusta, 89 trak tiga tan,
62 bot tempur, 27 Land Rover, 19 buah trak Tatra, 4 helikopter EC725, 2 helikopter Nuri, 2 pesawat C130, 1 helikopter Fennec, 1 helikopter Super Lynx selain wang enhsan RM500 bagi setiap seorang warga kementerian yang terjejas akibat banjir.
7. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi hantar RELA dan konvoi NGO beserta barnagan bernilai RM90,000. Seramai 500 pegawai dan anggota termasuk 19 lori, 17 van, tujuh kenderaan pacuan empat roda serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk membantu mangsa banjir.
8. Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja Malaysia. Bantuan seperti, bantal, selimut, pakaian dan peralatan memasak.
9. BIRO Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) hantar bantuan medik dan menyampaikan kit bantuan harian, dianggarkan 6,000 keluarga akan menerima bantuan dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.5 juta.
10. Puteri UMNO bersama NGO bawa sumbangan seperti makanan, lampin pakai buang bayi, bahan kering masakan, peralatan alat tulis dan beg sekolah.
11. Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba bersedia sejak 6 pagi untuk membantu calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke sekolah.
12. Mercy Malaysia buka klinik bergerak, bantuan rawatan dan perubatan yang ditaja oleh Yayasan Sime Darby, turut menyumbangkan 500 kit perubatan.
13. BN Terengganu sumbang bantuan kewangan dan barangan keperluan berjumlah RM200 ribu beserta 200 orang sukarelawan untuk bersih rumah dan premis.
14. Parti Gerakan sumbang RM100 ribu dan ahli membantu pembersihan rumah mangsa banjir.
15. MCA menghantar sumbangan dan Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) membantu pembersihan rumah mangsa banjir
16. MIC menghantar lebih 100 petugas MIC Youth Disaster Aid Centre (MyDAC) membantu mangsa banjir.
17. MB Perak lulus RM100,000 peruntukan.
18. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) beri bantuan kewangan segera, makanan, peralatan, perlindungan, perubatan serta lain-lain keperluan.
19. Datin Seri Rosmah Mansor yang juga presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut mengumumkan agihan sebanyak RM 110,000 kepada mangsa banjir.
20. Kerajaan negeri Melaka menghantar lebih 200 sukarelawan termasuk kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi misi bantuan pasca banjir ke Pulau Pinang.
21. JAKIM beri khidmat kaunseling selain bantuan kewangan termasuk barangan keperluan asas kepada wakil-wakil beberapa buah masjid dan juga sekolah KAFA yang terjejas.
22. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah melalui kerajaan negeri hantar 200 sukarelawan bagi misi bantuan pasca banjir di Pulau Pinang.
23. Peruntukan RM2 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran dan perparitan yang rosak akibat banjir di sekitar daerah Kulim.
24. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membekalkan 30 set janakuasa bergerak ke kawasan banjir di Pulau Pinang.
25. Tabung Haji juga beri sumbangan kepada anggota TH, berihkan rumah dan bantuan RM 2000 kepada anggota serta sumbangan barang keperluan harian kepada pesara TH yang terlibat.
26. UniKL sumbang sukarelawan dan dana RM 60,000.
27. Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) akan memberi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) percuma kepada lebih 3,000 pelajar Tahun 1 yang terlibat dengan bencana banjir di Pulau Pinang bernilai RM320,000
28. Team Salute Malaysia, Presidennya Datuk Rizal Mansor bawa 60 sukarelawan bersama barang-barang keperluan termasuk makanan, minuman dan peralatan pembersihan rumah. Turut bawa 4 pegawai perubatan.
29. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) sumbang barangan makanan, pakaian, lampin pakai buang bayi, tuala, selimut dan kelengkapan mencuci rumah.
30. Bank tempatan seperti CIMB, RHB, Bank Islam beri tangguh bayaran sehingga 6 bulan.
31. Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah melalui kerajaan negeri Kedah naikkan daripada RM100 kepada RM200 bagi mangsa banjir yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan.
Apa lagi yang Guan Eng hendak agaknya?
0 comments:
Post a Comment