Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 16, 2017

MAMPUKAH PARTI 'KRONISME' PPBM BERTAHAN HINGGA PRU 14?




Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah pincang dan tidak mampu mara ke Pilihan Raya Umum ke – 14. Ia berikutan beberapa insiden yang apabila diimbas kembali, hampir setiap bulan ada sahaja pemimpin serta ahli dari parti kelolaan Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengumumkan keluar dari parti berkenaan.

Bertitik tolak dari pengunduran ‘orang kuat’ parti itu sendiri, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengumumkan keluar PPBM pada Oktober 2016, kononnya demi menumpukan perhatian terhadap kes mahkamah yang melibatkannya serta melipatganda usaha ‘menggulingkan’ pentadbiran Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Kemudian, pada bulan Mac 2017, yakni enam bulan selepas pelancaran PPBM, media tempatan melaporkan seramai kira – kira 500 orang ahli parti PPBM di Baling, Kedah mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta, dengan memetik salah seorang ahlinya, Ali Ahmad, 57, sebagai terkilan apabila jawatankuasa penggerak PPBM yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu dinafikan hak mereka.

Susulan dari kejadian berkenaan, hampir setiap bulan, malah ada diantaranya hanya selang beberapa minggu, semakin banyak ahli parti ini mengambil keputusan meninggalkan parti berkenaan. Apabila dikaji, terdapat suatu alasan serupa di sebalik pengunduran golongan ini, iaitu kekecewaan mereka terhadap perjuangan parti yang tidak menentu, selain menyifatkan parti berkenaan sebagai parti kronisme dan pilih kasih.

Dari segi ketidaktentuan perjuangan parti, kebanyakan ahli di dalam parti ini keliru kerana terdapat dua nakhoda di dalam barisan pemimpin tertinggi parti, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PPBM, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diangkat menjadi Presiden parti tersebut. Siapa yang lebih berkuasa? Pengerusikah? Atau Presidenkah?

Selain itu, parti PPBM atau ‘Parti Orang Kecewa’ ini juga bersikap ‘pilih bulu’, ‘pilih kasih’ atau kronisme apabila hanya melantik ‘orang – orang mereka’, iaitu individu yang mempunyai pertalian serta hubungan baik dengan pemimpin tertinggi parti di setiap bahagian di seluruh negara, sekaligus menafikan hak dan kelayakan individu lain yang berusaha menggerakkan parti berkenaan sejak dari awal penubuhan.

Sebagai contoh, bagi kes di Baling, di mana 500 orang ahli PPBM bertindak meninggalkan parti termasuk 13 ahli jawatankuasa yang dilantik pada Oktober tahun lalu dinafikan hak mereka selepas PPBM membuat perlantikan jawatankuasa baharu di kawasan itu pada Februari lepas.

"Jawatankuasa kami dinafikan hak untuk menerima watikah perlantikan penajaan dari pucuk pimpinan sedangkan segala gerak gempur, sesi dialog dan ceramah serta merekrut keahlian kami jayakan berpandukan misi dan visi parti.

"Kami merasa amat berkecil hati apabila watikah yang sepatutnya menjadi milik kami diserahkan kepada seorang yang tidak pernah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam gerak kerja parti sejak awal penubuhannya di sini," kata Ali Ahmad, bekas Pengerusi PPBM Baling pada 16 Mac 2017, seperti dipetik Utusan Online.

Nampak gaya parti yang tercetus hasil dari ‘dendam kesumat’ beberapa pemimpin tertingginya seperti Tun Dr Mahathir yang berdendam dengan Perdana Menteri gara – gara tidak memberi peluang kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri seterusnya serta Tan Sri Muhyiddin Yassin yang marah apabila dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Timbalan Presiden UMNO oleh Perdana Menteri tidak akan kekal lama dan bakal terkubur pada bila – bila masa sahaja.

Sila rujuk carta di bawah ; 





0 comments:

share2