Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 22, 2017

[KUANTAN] PERLU PROAKTIF SELESAI MASALAH PROJEK TERBENGKALAI


Adnan Yaakob


Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN) perlu proaktif menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai di negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, ini kerana permohonan dan kelulusan lesen pemaju serta permit iklan dan jualan adalah bidang kuasa Bahagian Perlesenan Pemaju Perumahan, jabatan dan kementerian berkenaan.

"Semasa proses pembinaan, pemaju wajib melaporkan status pembinaan kepada Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta dan untuk mengatasi masalah projek terbengkalai ini, semua pihak kena proaktif baik pembeli, pemaju mahupun pihak berkuasa kerana jika diharapkan sepenuhnya kepada pihak kerajaan (untuk memantau), kita tidak ada kemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dun Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini semalam.

Adnan berkata demikian sebagai menjawab soalan Sim Chon Siang (PKR-Semambu) yang mahu penjelasan sama ada kerajaan mempunyai satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah projek terbengkalai, selain tindakan mahkamah.

Adnan (BN-Pelangai) berkata, untuk menentukan sama ada status projek terbengkalai atau tidak, ia akan akan ditentukan oleh Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai yang kemudian akan melaksanakan kajian pemulihan projek perumahan itu sama ada melantik pemaju penyelamat atau pemulangan wang deposit kepada pembeli.


0 comments:

share2