Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 19, 2017

[KUANTAN] PEKERJA PEMBINAAN DIKHUATIRI LEMAS JATUH DALAM SUNGAI


Pekerja pembinaan dikhuatiri lemas jatuh dalam sungai


Seorang pekerja pembinaan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Baru Tanjung Lumpur, di sini, semalam.

Mangsa yang juga seorang warga Indonesia, Ahlul Zikri, 24, masih belum ditemui setakat pagi tadi selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai terbabit kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan yang menerima laporan berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja-kerja pembinaan jambatan sebelum mangsa dihanyutkan arus sejauh 70 meter dan tenggelam," katanya di sini hari ini .

Menurutnya, seramai 10 anggota polis turut terlibat memberikan bantuan dalam operasi tersebut yang bersambung semula seawal jam 7 pagi hari ini.

Sebuah bot penyelamat membuat pencarian di permukaan sungai terbabit selain usaha membuat pencarian di kawasan sekitar mangsa terjatuh.


0 comments:

share2