Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 22, 2017

TUN M 'U - TURN' LAGI, GELAR PENDEMO BUGIS ORANG BODOH




Kuala Lumpur – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi cuba membuat pusingan ‘u’ apabila menafikan beliau menghina keseluruhan keturunan Bugis semasa perhimpunan Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Sebaliknya beliau memberi alasan kononnya terdapat juga keturunan Bugis yang baik, malah beliau turut menyindir kumpulan Bugis yang berdemonstrasi di hadapan pejabatnya di Putrajaya pada 19 Oktober lalu dengan menggelarkan mereka sebagai orang bodoh.

“Saya tak hina orang Bugis. Orang Bugis ada yang baik. Tapi penyangak pun ada juga. Salah ke? Takkan orang Bugis nak kata kalangan orang Bugis tak ada penyangak. Ada.

“Bodohnya, orang hari itu hari Deepavali, pejabat saya tutup. Tapi dia dah rancang (untuk berhimpun).

“Mereka sudah sewa bas, jadi pergi jugalah dan pejabat kosong. Inilah orang yang kononnya mendakwa saya menghina orang Bugis,” katanya ketika berucap dalam sesi ceramah sempena Konvensyen PAN di Alor Setar, Kedah malam tadi.

Untuk rekod, Tun Dr Mahathir ketika berucap dalam perhimpunan “anti-kleptokrasi” pada 14 Oktober mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menyebut sebagai keturunan “lanun Bugis”.

Kenyataan tersebut secara jelas mengundang protes Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Terdahulu, antara pemimpin PH yang turut memberi ucapan pada program tersebut ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Dalam himpunan itu juga, Tun Dr Mahathir turut mengumumkan bahawa anaknya sendiri iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengetuai pimpinan Pakatan Harapan di negeri Jelapang Padi.


0 comments:

share2