Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 23, 2017

TUDUHAN KIT SIANG TAK BERASAS - ANIFAH



Kuala Lumpur – Tuduhan veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa reputasi negara di peringkat antarabangsa dan hak asasi manusia menjunam mendadak di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah fitnah.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Kit Siang hanya membuat andaian yang salah dan berfikiran sempit semata-mata untuk mengaburi mata rakyat disebabkan kegagalan Putrajaya mendapat tempat dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubunan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Kenyataan itu adalah tidak masuk akal kerana dia sendiri berpendapat bahawa sesetengah negara yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang bagus belum mendapat undi.

“Oleh itu, dia bukan sahaja bercanggah dengan dirinya sendiri, tetapi juga membuktikan bahawa teorinya yang menghubungkan tawaran yang tidak berjaya dengan kepimpinan semasa adalah tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kit Siang dalam satu entri blognya dua hari lalu meminta Anifah untuk memberikan penjelasan bagaimana kerajaan boleh tidak berjaya membida kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB lalu.

Tulis Ahli Parlimen Gelang Patah itu, Malaysia telah hilang mandat dalam aspek hak asasi manusi di mata dunia dengan kekalahan itu.

Menjawab perkara itu, Anifah berkata kekalahan Malaysia mungkin disebabkan oleh undi simpati kepada negara-negara lainyang pertama kali membuat bidaan tersebut.

“Tawaran yang tidak berjaya mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuk antara lain, mendapat undi ‘simpati’ oleh calon kali pertama dan oleh calon-calon yang kalah dalam tawaran terdahulu,” katanya lagi.

Rabu lalu, Malaysia gagal mendapat tempat daripada 15 kerusi dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Malaysia tewas kepada Afghanistan, Nepal, Pakistan dan Qatar dalam undi rahsia yang dibuat dalam kalangan 193 negara anggota PBB.

Ini kali ketiga Malaysia membida kerusi berkenaan selepas tegas pada 2006-2009 dan 2010-2013 lalu.

Antara negara lain yang terpilih adalah, Angola, Australia, Chile, Republik Demoktratik Kongo, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Slovakia, Sepanyol dan Ukraine.

Kesemua negara ini akan berkhidmat dalam tempoh tiga tahun bermula Januari 2018. 


0 comments:

share2