Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 23, 2017

[KUANTAN] AADK BERSIHKAN SARANG DADAH DI JAMBATAN TANAH PUTIH


AADK bersihkan sarang dadah di Jambatan Tanah Putih


Jambatan Tanah Putih di sekitar daerah ini dikenal pasti antara sarang penagihan dadah telah dibersihkan menerusi program My Beautiful Malaysia membabitkan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan komuniti setempat, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan NGO di sini, semalam.

Pengerusi Biro Sosial dan Antidadah Umno Bahagian Kuantan, Hazrin Basri berkata, pihaknya sentiasa menyokong tindakan memerangi gejala penyalahgunaan dadah yang sudah lama menjadi musuh negara.

Menurutnya, bagaimanapun menerusi kerjasama semua pihak membersihkan lokasi yang dikenal pasti sebagai sarang penagihan ia secara tidak langsung dapat mencegah masalah penyalahgunaan dadah.

“Ini salah satu cara untuk kita bersihkan dan adalah penting untuk mencegah masalah penyalahgunaan dadah di sesuatu kawasan seterusnya menghapuskannya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program berkenaan di Dewan Tanah Putih, di sini, semalam.

Turut hadir, Penolong Pengarah AADK negeri, Herlina Hamzah; Ketua Pegawai AADK daerah, Nor Haffiza Ibrahim dan Ikon Antidadah Kuantan, Hamdie Basri.

Operasi pembersihan lebih tiga jam bermula kira-kira 9 pagi semalam, disertai ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanah Putih Baru, Umno Bahagian Kuantan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Dalam pada itu, Hazrin berkata, dalam menangani masalah berkenaan, tumpuan harus diberikan terhadap usaha membanteras kegiatan pengedaran bahan larangan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Daerah, Nor Haffiza Ibrahim berkata, pihaknya bukan sahaja mengambil pendekatan menyerbu dan menangkap penagih dadah tetapi menggunakan kaedah pencegahan holistik seperti menjalankan pembersihan lokasi penagihan yang memerlukan kerjasama semua pihak.


0 comments:

share2