Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 9, 2017

[TEMERLOH] TAHUN MELAWAT PAHANG DILANJUTKAN ENAM BULAN LAGI





Exco Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang Dato’ Sri Sharkar Shamsudin berkata Tahun Melawat Pahang 2017 akan dilanjutkan 6 bulan lagi bagi meneruskan lagi promosi ke destinasi yang baru diperkenalkan.

Menurut Dato’ Sri Sharkar Tahun Melawat Pahang 2017 telah membawa masuk ramai pengusaha dan kerajaan tempatan untuk turut aktif dalam industri pelancongan dan membangunkan tempat-tempat baru apabila  menyedari potensi produk mereka.

Tahun Melawat Pahang juga dibuat untuk mengenali kelemahan dalam industri pelancongan agar industri dapat dipertingkatkan dan promosi boleh dilakukan secara berterusan.

“Pada tahun depan, banyak lagi kawasan baru dan produk baru akan diperkenalkan. Antaranya “Black Water Jewel” atau kawasan paya di Pekan, Pelancongan Udara Bersih di Kuantan, “Rock Climbing di Gunung Senyum, “Hammock” di Lubuk Yu serta promosi “Musang King”, kata beliau.

Dari segi pentabiran pula, kerajaan negeri memohon agar Kerajaan Persekutuan mengkaji  semula perkataan “Pelancongan” yang hanya boleh digunakan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut perlembagaan, supaya boleh digunakan oleh negeri-negeri lain.

Pada masa ini aktiviti pelancongan Pahang digerakkan oleh Perbadanan Kemajuan Bukit Frazer. Dato’ Sri Sharkar berpendapat Perbadanan Pelancongan Negeri jika dibenarkan akan lebih agresif dan fokus dalam meningkatkan industri pelancongan.

          

0 comments:

share2