Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 6, 2017

[ROMPIN] TUAH ORGANISASI BERMUAFAKAT


Tuah organisasi bermuafakat


Konsep serba boleh yang diamalkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Rompin adalah kunci kejayaan organisasi tersebut.

Kaki tangannya dilatih sentiasa siap sedia dan berkemahiran melaksanakan pelbagai tugas dengan tidak hanya tumpu kepada tugas hakiki semata-mata supaya tugasan yang dilaksanakan secara berpasukan mencapai sasaran objektif. 

Atas kemampuan serba boleh dan kesepakatan berpasukan inilah membuatkan organisasi ini dipilih sebagai naib johan kategori Pengurusan JKR Daerah Terbaik pada Hari Inovasi JKR Malaysia 2017 di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR di Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

Menurut Jurutera Daerah JKR Rompin, Ir Shaharuddin Bahari, pengiktirafan yang tinggi itu tidak pernah dicapai oleh JKR Daerah Rompin selama ini.

Katanya, kejayaan itu juga adalah hasil komitmen pekerja dengan merealisasikan maksud modal insan dalam pekerjaan.

“Kita menzahirkan maksud modal insan itu dengan menggunakan kepelbagaian kemahiran yang dimiliki oleh setiap warga organisasi.

“Bukan sahaja melaksanakan kerja hakiki sebaliknya serba boleh dan mengamalkan semangat berpasukan. Dalam satu pejabat juga perlu sehaluan atau sepakat demi capai visi serta objektif JKR,” katanya.

Hasil amalan kerja itu, pada majlis sama JKR Daerah Rompin turut dipilih sebagai penerima Anugerah Inovasi Harapan.

Shaharuddin berkata, muafakat dan kerja berpasukan itu juga telah melahirkan sebuah kumpulan inovasi yang sangat berpotensi.

“Saya harap prestasi ini kekal dan JKR Rompin terus maju agar memperoleh kejayaan berterusan. Kita akan cuba untuk merangkul gelaran pada juara tahun depan, anugerah pertama ini sudah tentu mendorong kami agar lebih maju dan serius mencipta serta mencari idea baru demi kepentingan jabatan,” katanya.


0 comments:

share2