Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 17, 2017

[RAUB] IMPIAN JADI ANGGOTA POLIS MUSNAH, DITIPU EJEN PENGIKLANAN


PDRM


Impian seorang lelaki untuk memegang jawatan sebagai anggota polis musnah selepas dirinya ditipu ejen pengiklan jawatan kosong.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa terbaca mengenai tawaran iklan jawatan kosong pengambilan polis secara kabel di dalam aplikasi We Chat yang membolehkan pengadu boleh memilih jawatan yang dihajatkan di dalam pasukan polis namun bayaran akan dikenakan bagi jawatan yang dipilih.

Menurutnya, mangsa telah berhubung dengan Suhaila yang merupakan admin bagi kumpulan aplikasi tersebut dan terdapat seorang lelaki yang merupakan tertuduh menggelar dirinya Inspektor Fahmi yang merupakan pegawai kanan polis yang bertugas di Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman yang akan membantu pengadu untuk mendapatkan jawatan tersebut.

“Tertuduh menjanjikan kepada pengadu bagi mendapatkan jawatan di dalam PDRM dan pengadu dicadangkan supaya mengajak beberapa orang rakan yang berminat memohon dan pengadu juga telah didorong untuk membuat bayaran sebanyak RM 1000.

“Pengadu telah memasukan wang tersebut di atas nama akaun Zuraida Abdul Manas dan telah dijanjikan pangkat sarjan dalam pasukan polis dan akan mula mengikuti kursus asas sarjan pada 14 Julai tahun lalu.

“Namun, selepas tatikh yang dijanjikan tertuduh memberi pelbagai alasan bagi menyakinkan bahawa pengadu akan mendapat jawatan yang dipohon namun pengadu tidak berpuas hati dirinya ditipu dan telahpun membuat laporan polis,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Wan Mohd Zahari berkata, hasil siasatan semakan akaun milik Zuraida Abdul Manas yang mendapati terdapat pergerakan susulan setelah wang manga dimasukkan oleh mangsa, pihaknya telah berjaya menangkap tertuduh, Hairulnizam Yunus pada 25 September lalu.

Menurutnya, tertuduh telah dituduh di Mahkamah Majistret Raub yang telah dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang mempunyai empat pertuduhan dan majistret telah menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan.

“Hasil daripada tangkapan ini, IPD Raub telah berjaya menyelesaikan empat kes yang melibatkan kerugian berjumlah RM3,000 di mana setiap mangsa didorong untuk membuat bayaran antara RM500 ke RM1,500 yang menggunakan modus operandi yang sama bagi kes yang melibatkan penipuan dalam tawaran jawatan kosong yang tida wujud dalam pasukan polis.

Sementara itu, Wan Mohd Zahari turut mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelidik sesuatu iklan sebelum mengambil keputusan untuk menerima jawatan yang telah ditawarkan secara maya.

“Orang ramai jangan membuat sebarang pembayaran secara melulu setelah ditakut-takutkan oleh pihak pengiklanan jawatan kosong sebelum membuat pengesahan daripada pihak yang berkenaan.

“Pihak PDRM tidak pernah melantik mana-mana agen untuk membuat iklan atau kutipan bayaran untuk setiap permohonan untuk jawatan dalam polis dan pastikan maklumat berkaitan iklan jawatan kosong dalam polis disahkan oleh PDRM yang boleh didapati daripada iklan dalam akhbar utama dalam negara dalam laman web PDRM.


0 comments:

share2