Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 4, 2017

LKS TERPAKSA JILAT LUDAH SENDIRI KERJASAMA DENGAN DR.M





Setiap tindakan DAP untuk memburukkan kerajaan akhirnya memberi kelebihan kepada UMNO BN.

Ini kerana menurut Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan serangan yang dibuat DAP sejak 10 tahun lalu langsung tidak memberi sebarang kesan kepada UMNO BN, malah parti yang sama juga kekal memerintah.

Jelasnya lagi jika mengikut cara kepimpinan parti politik di negara lain, kegagalan DAP yang ditadbir Lim Kit Siang ini telah ditendang keluar daripada parti kerana jelas menunjukkan beliau adalah pemimpin tidak berguna.

“Apa yang telah beliau tunjukkan selama bertahun-tahun memimpin parti DAP? Beliau gagal untuk jatuhkan kerajaan BN di peringkat Persekutuan dalam lebih 10 pilihan raya umum. Di negara-negara lain, pemimpin politik yang gagal seperti ini sudah pastinya akan diketepikan, jika tidak dipecat atau dibuang dari jawatan dalam parti.

“Tapi nampaknya DAP tidak berani untuk buat apa yang sepatutnya. Apa pun keputusan yang dibuat oleh DAP, sudah pasti BN akan mendapat kelebihan,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu apa yang jelas diperlihat kini kata Rahman Kit Siang hanya mempunyai cara terakhir iaitu menjilat kembali ludahnya iaitu bekerjasama dengan orang yang dahulu dibencinya iaitu Tun Mahathir Mohamad.

“Ini saja rasional di sebalik kesanggupan beliau untuk bekerjasama dengan musuh ketat beliau, Tun Mahathir Mohamad, dan menjilat semula ludah beliau demi memuaskan nafsu politik.

“Maruah beliau sudah tiada lagi; nilai politik beliau telah jatuh menjunam. Sudah pasti, semua orang nampak kecuali beliau sendiri. Tiada siapa lagi yang mengambil serius terhadap beliau, lebih-lebih lagi komuniti Cina yang selama ini telah terpedaya dengan permainan politik beliau selama bertahun-tahun,” ujarnya.


0 comments:

share2