Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 2, 2017

JANGAN PERCAYA PROPAGANDA PEMBANGKANG - AZIZ KAPRAWI




Jempol - Rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan hasutan yang buat oleh pembangkang dalam usaha mereka mencari sokongan terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang bakal tiba.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Aziz Kaprawi berkata, sekiranya terpengaruh ia memusnahkan negara yang kita bina selama 60 tahun ini.

“Jika kita pelbagai bentuk hasutan dilakukan oleh Naib Persiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, malah beliau mengakui berbuat demikian.

“Saya mempunyai video mengenai pengakuan itu, perbuatan ini tidak baik kerana menghasut rakyat perkara yang tidak benar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di sini semalam.

Program ini merupakan satu program yang diperkenalkan oleh JPJ pada tahun 2009 yang mana bertujuan untuk memberi pendekatan dan kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar.

Seramai 376 orang penduduk luar bandar berjaya dilesenkan dalam program hari ini yang diadakan di Jempol.

Aziz berkata, kerajaan kini sedang membangunkan masyarakat yang harmoni dengan menyediakan pelbagai bentuk kemudahan secara terus kepada rakyat.

Menurutnya, sebagai contoh program SKSJ yang diadakan pada hari ini hampir keselururhan barisan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut serta.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, apa yang dilakukan oleh pembangkang ini adalah propaganda dengan cuba mengaburi mata rakyat dengan pelbagai helah yang memburukkan kerajaan.

Tambahnya lagi, semenjak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tampuk pemerintahan beliau sentiasa mengutamakan rakyat.

“Beliau (Najib) bukan seperti pemimpin pembangkang yang pandai menabur janji demi kepentingan diri dan kerjaya politik,” katanya.


0 comments:

share2