Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 14, 2017

TONY PUAN ENGGAN MINTA MAAF





Walaupun sudah diberi peluang, wakil rakyat DAP, Tony Pua berpendirian tidak akan meminta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tidak sebab untuk meminta maaf apabila saya hanya mengatakan tentang kebenaran, jadi kenapa perlu saya minta maaf?

“Bagaimanapun saya terbuka untuk Najib menarik balik saman beliau terhadap saya,” lapor Malaysiakini hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata demikian untuk mengulas tawaran dibuat oleh peguam perdana menteri, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang dilaporkan berkata anak guamnya terbuka untuk menerima permohonan maaf sebagai penyelesaian terhadap dua kes saman fitnah.

Dalam status Facebooknya, Ketua Publisiti DAP itu kemudiannya berkata bahawa beliau tidak berasa kesal membuat tohmahan terhadap Perdana Menteri yang didakwanya benar.

Pada Mac 2015, Pua disaman atas ucapan beliau yang mendakwa perdana menteri mencuri duit orang awam melalui dana 1MDB.

Manakala pada April lalu, Najib memfailkan saman kedua selepas Pua mendakwa cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 pindaan 2016 atau RUU 355 adalah satu cara mengalihkan perhatian daripada 1MDB.


0 comments:

share2