Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 14, 2017

NOTA TERAKHIR ANAK DOAKAN IBU BAPA MASUK SYURGA


Nota terakhir anak doakan ibu bapa masuk syurga


Kuala Lumpur - Seorang ibu tidak dapat menahan sebak dan tidak menyangka surat yang diberikan anaknya adalah yang terakhir.

Norhayati Khalid, 42 yang ditemui menceritakan detik itu berkata, dia datang ke pusat tahfiz ini semalam untuk bertemu anaknya yang baru tiga bulan belajar di sini.

"Saya datang kira-kira jam 5.30 petang melawatnya dan membawa biskut dan roti seperti yang dimintanya. Saya bawa dia makan dan duduk di taman berhampiran.

"Saya juga sempat membawanya makan di kedai berhampiran untuk makan makanan kegemarannya iaitu nasi goreng pattaya dan tea o ais," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurut ibu kepada Amiel Asraf Abd Rashid, 11, ketika itu anaknya ada menyerahkan sekeping surat kepadanya.

Norhayati


Katanya, Amiel beritahu usah buka dulu surat itu kerana malu.

"Dalam nota surat itu ditulis permohonan maafnya andai ada salah silap. Dia kata dia seronok belajar di sini dan dia masuk tahfiz ini kerana hendak tolong mak dan ayahnya masuk syurga," katanya.

Mengulas lanjut apa yang sering dikatakan oleh Amiel ketika bertemunya, Norhayati memberitahu, Amiel bercita-cita hendak jadi penghafal al-Quran dan setiap kali berjumpa dia akan kata tentang aktivitinya di tahfiz termasuk surah yang telah dihafalnya.

"Namun, saya reda apa yang menimpa terhadap keluarga kami. Kami kehilangan anak yang baik. Semua ini adalah takdir Allah," katanya.

Mangsa antara 24 orang yang dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.


0 comments:

share2