Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 19, 2017

SPRM TUNGGU ARAHAN DARI PEGUAM NEGARA KES GUAN ENG



Port Dickson - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu arahan daripada Peguam Negara berhubung dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mendakwa penahan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh oleh SPRM sebagai penahanan haram.
Ketua Pesuruhjayan SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara pada Khamis lalu.
"Kita serahkan kepada Peguam Negara, kita tunggu apa arahan selanjut. Berilah masa," katanya dalam program konvoi Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di sini semalam.
Sebelum ini, Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa penahan  Phee Boon Poh sebagai penahanan haram.
Mereka  boleh ditahan mengikut Seksyen 48H Akta SPRM 2009, dan jika  disabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.


0 comments:

share2