Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 17, 2017

PM UMUM RM30 JUTA BANTU PUSAT TAHFIZ


Image result for najib

Kuala Lumpur – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membantu menaik taraf pusat tahfiz swasta di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian dana tersebut sekali gus menyangkal dakwaan kononnya kerajaan tidak mempedulikan sekolah agama swasta berkenaan.

Kata Najib, satu mesyuarat akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa ini untuk melihat semula kedudukan pusat tahfiz.

“Saya difahamkan ada di antara pusat tahfiz yang diluluskan Majlis Agama Islam negeri dan ada antaranya yang tidak mengikut piawaian pihak bomba. Kita akan lakukan siasatan di setiap pusat tahfiz seluruh negara.

“Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta kepada semua pusat tahfiz swasta bagi dinaik taraf secara fizikal terutamanya aspek keselamatan,” katanya selepas melakukan lawatan ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini semalam.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan, UMNO dan beliau secara peribadi akan menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Menurut beliau, bantuan akan disalurkan melalui tiga kategori iaitu keluarga yang kehilangan anak, pelajar yang tercedera dan mangsa lain yang terlibat dalam kebakaran itu.


0 comments:

share2