Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 7, 2017

PERGINYA TETAMU ALLAH


sadsad


Tumpat - "Pesanannya, kalau abah tak ada jagalah adik-adik menyebabkan saya tak sedap hati," kata Ramlah Harun.

Ramlah, 50, adalah isteri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (PJKKKP) Kampung Ketil, Wan Mohd Zamri Wan Zakaria, 54, jemaah haji yang ke 31 meninggal dunia di Madinah kelmarin akibat jangkitan kuman.

Katanya, dia mendapat khabar duka kematian suaminya yang meninggal dunia jam 12 tengahari (waktu tempatan) selepas dihubungi Adun Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.

"Arwah suami saya begitu gembira apabila terpilih menunaikan haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Bersamanya empat lagi kawan merupakan PJKKKP dalam Parlimen Tumpat, mereka bertolak dari Kota Bharu pada 9 Ogos lalu," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ketil, semalam.

Menurutnya, sepanjang di Mekah kesihatan suaminya baik walau pun ketika di rumah kerap keluar masuk hospital kerana penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Dia sentiasa menelefon saya dan anak-anak, peliknya bila dia telefon dia nak cakap dengan anak lelaki keduanya, Wan Mohd Fauzi, 21, dipesannya kalau abah tak ada jagalah adik-adik.

" Padahal pesanan itu sudah diberitahu ketika dia mahu berangkat ke tanah suci lagi," katanya memaklumkan allahyarham suaminya sepatutnya pulang ke tanahair 29 September ini.

Ramlah berkata, semalam selepas selesai Mabid di Mina, suami mengalami sesak nafas di bilik penginapannya dan dikejarkan ke Hospital King Abdul Aziz, Mekah tetapi Allah lebih menyanyanginya.

"Dia menghembuskan nafas terakhirnya di hospital tersebut dan dikebumikan pada jam 9. 04 malam waktu tempatan," katanya mempunyai lapan anak berusia tiga tahun hingga 23 tahun.

Bagaimanapun Ramlah reda pemergian suaminya dan jika ada rezeki dan dapat mengerjakan haji nanti akan melawat kuburnya di Tanah Perkuburan Sharai' Mekah.


0 comments:

share2