Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 28, 2017

PEJABAT DAERAH BENTONG PERKENALKAN SLOGAN ABC


Pejabat Daerah Bentong perkenalkan slogan ABC


Sempena Program Pemantapan Intregriti dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama kepimpinan Bentong, Pejabat Daerah Tanah Bentong turut melancarkan slogan Saya Amalkan ABC sebagai usaha mewujudkan perkhidmatan yang adil, telus dan bebas gejala rasuah.

Pegawai Daerah Bentong, Datuk Azhar Arshad berkata slogan tersebut bertujuan menerapkan integriti dan ikrar dalam diri untuk mengamalkan ABC iaitu, Amanah, Betul dan Cepat dalam melaksanakan tugasan harian samaada sebagai pengkhidmat awam, pekerja, pelajar dan juga anggota masyarakat.

Menurutnya, slogan ini telah diabadikan di dalam logo supaya mudah diingati oleh orang ramai yang merupakan nilai nilai murni yg bersangkutan dengan penghayatan intregriti seseorang individu.

“Amanah merujuk kepada sifat yang jujur dan boleh dipercayai dalam melaksanakan pekerjaan. Betul pula bermaksud melaksanakan pekerjaan dengan tepat mengikut garis panduan atau peraturan yang telah ditetapkan manakala cepat memberikan tumpuan pelaksaan kepada sesuatu pekerjaan agar dpt diselesaikan dengan segera.

“Ungkapan ABC mempunyai hubungan bahawa mengamalkan sifat-sifat amanah betul dan cepat dalam pekerjaan seharian adalah sangat mudah malah menjadi asas kepada penggunaan iuntregriti dalam diri seseorang sebagaimana ABC menjadi asas kepada kemahiran membaca dan menulis.

“Ini memudahkan supaya orang senang ingat dengan adanya slogan ini. Bagi saya, ia akan mengingatkan orang kerana slogannya semudah abc seperti kita membaca abc yang mudah diingati. Semoga slogan ini bukan sahaja dilafazakan malah perlu dihayati bermula pada hari ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Program Pemantapan Integriti dan Majlis Menandatangani IBR Bersama Kepimpinan Bentong di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Majlis Perbandaran Bentong di sini, semalam.

Turut hadir sama dan menyaksikan Majlis Menandatangani IBR Bersama Kepimpinan Bentong, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang, Datuk Alias Salim.

Dalam pada itu, Azhar berkata majlis IBR ini bukan sahaja diadakan bagi membanteras rasuah semata mata malah ia menjurus sejauhmana amalan nilai nilai murni itu dipraktikkan sama ada di khalayak ramai ataupun secara bersendirian.

“Tahap pegangan integriti yang tinggi dpt menggelakan ketirisan dalam penagihan sumber2 negara, meningkatkan produktiviti hasil serta meraih keyakinan pelabur terhadap kelangsungan dan kelastarian negara.

“Amalan dan penghayatan intregriti di daslam masyarakat bermula dari setiap individu, Di sinilah pemimpin masyarakat dan penjawat awam boleh memainkan peranan sebagai agen perubatan dan menjadi model ikutan buat orang di luar sana,” katanya.

Sementara itu, Alias berkata majlis melafaz dan menandatangani IBR itu bertujuan memastikan tiada pihak yang terlibat dalam apa jua bentuk gejala rasuah yang jelas boleh meruntuhkan sesebuah organisasi sama ada di peringkat penjawat awam, pemimpin tempatan mahupun masyarakat setempat.

“Persefahaman yang dibina ini merupakan langkah positif bagi menjalinkan satu rangkaian kerjasama strategik yang lebih erat dan menjadi pengkhidmat awam, pekerja, pelajar dan juga anggota masyarakat boleh menjadi contoh kepada agensi kerajaan lain di negeri ini dalam memerangi rasuah.

‘Saya berbangga kerana di daerah Bentong ini, bukan sahaja kakitangan pejabat daerah sahaja yang hadir, malah ketua-ketua jabatan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin tempatan seperti JKKK turut hadir menyertai IBR bagi memerangi jenayah rasuah,” katanya.


0 comments:

share2