Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 11, 2017

[LIPIS] DAHULU ALIF CERGAS, KINI HANYA TERBARING LESU


Dahulu Alif cergas, kini hanya terbaring lesu


Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Pekan Merapoh di sini tidak dapat lagi bermain seperti insan seusianya apabila disahkan menghidap leukemia sejak sebulan lalu.

Muhamad Alif Najmi Nor Ishameki yang juga murid Pra Gemilang Sekolah Kebangsaan (SK) Merapoh disahkan menderita penyakit itu selepas mengalami demam berpanjangan.

Bapanya,Ishameki Matsin, 44, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu kerap demam sejak awal Ogos lalu sebelum membawa Muhamad Alif ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, ketika menerima rawatan di Hospital Lipis pada 14 Ogos lepas, Muhamad Alif ditahan di wad dan doktor bertindak mengambil sampel darah untuk mengesan penyakit anaknya.

"Keputusan ujian darah yang diterima pada 17 Ogos betul-betul membuatkan saya terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa Muhamad Alif disahkan menghidap penyakit leukimia.

"Keadaannya juga berubah, jika dahulu dia seorang yang aktif dan cergas bermain, kini lebih ba­nyak terbaring kelesuan selain berat badan yang turun mendadak," katanya.

Nor Ishameki berkata demikian ketika menerima kunjungan Adun Padang Tengku, Dato' Mustapa Long di rumahnya di Pekan Merapoh di sini, semalam.

Nor Ishameki berkata, kini dia memerlukan perbelanjaan besar untuk berulang alik ke Hospital Lipis serta Gua Musang bagi mendapatkan rawatan susulan bagi penyakit anaknya itu.

Katanya, dengan pendapatan RM1,200 sebulan hasil bekerja kampung, dia tidak mampu menampung kos itu.

Menurutnya, tambahan pula isterinya, Noraini Ali, 37, tidak bekerja selain turut memiliki seorang lagi anak lelaki, Muhammad Arif Iskandar yang berusia tiga tahun.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh menyalurkannya menerusi akaun Agrobank milik Nor Ishameki Matsin, 0320229000062008 atau hubunginya di talian 019-2560251.


0 comments:

share2