Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 14, 2017

BUDIMAN JAWAB PEMBOHONGAN MUHYIDDIN MENGENAI 1MDB DI INDONESIA




Di atas faktor rasa tanggungjawab kepada negara, pemimpin dan parti yang didukung, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi tampil memberikan kenyataan bagi menjawab tohmahan yang dibuat oleh Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin di Indonesia baru-baru ini.

Muhyiddin dalam satu temubual dengan media Indonesia terus memburukkan negara dan Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Budiman yang kebetulan berada di Jakarta bagi melancarkan buku Najib bertajuk Wasatiyyah: Idea dan Realitas di Indonesia International Book Fair 2017 membongkar pembohongan tersebut.

Menurut Budiman, isu IMDB yang dimainkan oleh pihak pembangkang di negara ini dijadikan sebagai 'peluru' untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara yang tidak berasas.

"Isu IMDB ini telah disebut oleh Tun Mahathir Mohamad, yang menuduh RM42 juta ringgit yang hilang, sedangkan perkara tersebut telah dinafikan oleh kerajaan Malaysia. Namun, ia tetap menjadi bahan kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan khususnya Perdana Menteri.

"Ramai yang telah menuduh Najib menyembunyikan perkara tersebut walaupun ia telah dibahaskan di Parlimen sehingga membentuk satu pasukan yang terdiri daripada ahli Parlimen pembangkang dan pihak kerajaan sendiri, dan mereka telah membuat keputusan bahawa tiada duit negara yang hilang dan Perdana Menteri tidak terlibat," katanya menerusi wawancara tersebut.

Namun, Budiman berkata isu tersebut berterusan dibangkitkan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan Najib. Bak kata ahli propaganda Nazi Jerman Joseph Goebbels, "kebohongan yang diulang-ulang akan (dianggap) menjadi kebenaran".

Tambah Budiman, Muhyiddin bukanlah orang pertama dipihak pembangkang yang memburukkan kerajaan di luar negara.

Budiman memberi reaksi kepada kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin bersama majalah di negara itu yang mendakwa dirinya disingkirkan daripada kabinet berpunca apabila beliau menegur Najib untuk berterus-terang mengenai 1MDB.

"Najib terlalu angkuh, dia beranggapan bahawa Pejabat Perdana Menteri itu menguasai segalanya. Dia menyalahgunakan kuasa sebagai pemimpin sehingga polisi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) takut untuk bertindak.

"Rakyat merasakan suruhanjaya tersebut tidak lagi boleg diharapkan kerana ia bukan lagi berfungsi melindungi rakyat, bahkan untuk melindungi orang tertentu seperti Najib. Ini memalukan," katanya.

Dalam pertemuan dengan kumpulan wartawan tersebut Budiman turut bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir boleh menjadi 'sahabat baik' ketika ini sedangkan mereka pernah menjadi musuh politik suatu ketika dahulu.

"Mereka mempunyai musuh yang sama iaitu Najib Razak. Oleh itu, mereka boleh bekerjasama dalam Pakatan Harapan. Namun, kepimpinan mereka tidak jelas. Anwar sering memberi arahan daripada penjara, Tun Mahathir ada juga memberikan arahan.

"Ada juga arahan yang diterima parti pembangkang atau melalui Ketua Pembangkang, Datuk Dr. Seri Wan Azizah Wan Ismail atau DAP. Jadi kita tidak tahu hala tuju mereka dan pemimpin mereka yang sebenar," ujarnya.

Ditanya mengenai kedudukan Barisan Nasional (BN) setelah isu 1MDB sering dimainkan oleh pembangkang, Budiman menjadikan Pilihanraya Kecil (PRK)Tanjong Batu di Sarawak sebagai contoh.

"Kami yakin bakal menang pada pilihan raya akan datang. Lihat sahaja keputusan yang kami terima di Sarawak ketika isi 1MDB hangat diperkatakan, kami menang besar," katanya.


0 comments:

share2