Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 13, 2017

“AWAT YANG HANG MENGAMUK DALAM RESTORAN?"





Pelanggan restoran diParit Buntar, Perak bertempiaran apabila lelaki mengamuk dan merosakkan peralatan di dalam premis berkenaan, awal pagi Selasa.

Lelaki berkenaan turut bertindak mengacukan senjata dipercayai parang kepada pelanggan yang menyaksikan kejadian itu.

Lelaki yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek itu akhirnya ditangkap sepasukan anggota polis dan orang awam, dalam kejadian dikatakan pada 1.40 pagi.

Lelaki berkenaan dibawa ke sebuah balai polis yang berhampiran untuk tindakan lanjut.

Rakaman video kejadian itu turut dirakam orang awam dan tular menerusi laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian dijangka membuat sidang media dalam masa terdekat.

0 comments:

share2