Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 2, 2017

SPR NAFI PRU OKTOBER INI


undi


Shah Alam - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya Suruhanjaya berkenaan kemungkinan PRU 14 akan dilakukan pada Oktober ini adalah tidak benar sama sekali serta mengelirukan masyarakat.

SPR dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

"Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR.

"SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi SPR" kenyataan itu dipetik.

Semetara itu, Pengurusan Tertinggi SPR sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.


0 comments:

share2