Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 21, 2017

REALITI HIDUP 'YEH SEKUPANG'


Realiti hidup ‘Yeh Sekupang’


Peminat super telefilem 16 Puasa arahan Mamat Khalid pasti tidak asing dengan watak Yeh Sekupang yang memiliki gaya lakonan tersendiri dan menghiburkan penonton.

Malah, pemilik nama Khalid Shamsuri, 47, yang berasal dari Parit Buntar, Perak itu adalah seorang pengarah yang terlibat dalam beberapa program televisyen seperti Yok Skuba.

Namun, siapa sangka dia yang dipanggil Rab Khalid oleh rakan-rakannya itu sebenarnya menggemari aktiviti menyelam dan mempunyai lesen open water (OWD).

Rab Khalid yang turut membintangi filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan Rumah Pusaka di Simpang Jalan terlibat dalam aktiviti menyelam sejak 18 tahun lalu dan kini sudah mencapai tahap dive master.

Menurutnya, minat dalam aktiviti itu tidak disia-siakan begitu sahaja apabila turut terlibat dalam program sukarelawan melalui kumpulan penyelam Brudu Divers yang kini memiliki lebih 100 ahli.

“Saya mula aktif menyertai program yang berkaitan aktiviti menyelam ini sekitar tahun 2012 melalui kumpulan Brudu Divers yang ditubuhkan dengan kawan-kawan. Peringkat awal aktiviti banyak di sebelah Terengganu, pada 2014 saya beralih pula ke Pulau Tioman.

Rab Khalid bersama rakan-rakan penyelam termasuk Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Pahang, Mohd Fazli Long (kiri) ketika program di Kampung Salang, Pulau Tioman.

“Minat dan apa yang saya lakukan ini adalah kerana rasa cinta dengan kehidupan air, bukan semua orang menyelam dan saya dikira beruntung dapat lihat suasana dasar laut sangat berbeza dengan darat,” katanya kepada Sinar Harian.

Anak kedua daripada enam beradik yang memiliki darah kacukan Melayu dan Arab itu mengakui berasa puas setiap kali melakukan aktiviti menyelam dalam program yang disertai.

“Kepuasan sebenar adalah dapat meramaikan kenalan. Lebih menarik dalam aktiviti menyelam ini semua sama level tidak kira apa pangkat mereka di sana.

“Kenangan manis lebih banyak berbanding pahit dan yang manis adalah berkenalan dengan kawan-kawan baru selain berkongsi ilmu dengan penyelam baru,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai masalah kerosakan terumbu karang akibat luntur (bleaching), Rab Khalid menjelaskan ia sukar ditangani kerana pengaruh suhu air.

Keindahan dasar laut yang dihiasi terumbu karang menyebabkan Rab Khalid jatuh cinta dengan aktiviti menyelam.


“Masalah itu di luar kawalan kita. Apa yang boleh dilakukan manusia terutama pencinta keindahan terumbu karang adalah menanam semula sebanyak mungkin untuk tatapan generasi akan datang," katanya.


0 comments:

share2