Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 21, 2017

[BENTONG] 'MEREKA PERLU DIINGATKAN SEMULA'


‘Mereka perlu diingatkan semula’


Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bentong dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Bentong dan Majlis Perbandaran Daerah Bentong telah menganjurkan Kempen Negaraku Sehati Sejiwa dan Konvoi Merdeka di Karnival Bentong, Padang Tras di sini, semalam.

Pegawai Daerah Bentong, Datuk Azhar Arshad berkata, program bersempena sambutan hari kemerdekaan itu diadakan bertujuan menyemai semangat kebebasan kepada generasi kini. 

Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan antaranya ambang merdeka, kempen satu rumah satu bendera dan bicara bersama tokoh.

“Program ini turut dimeriahkan dengan acara konvoi melibatkan 20 motosikal Yamaha RXZ dan 20 Perodua Kancil.

“Konvoi kereta dan motor mempunyai laluan yang berbeza...konvoi motosikal bermula daripada Padang Tras ke Lebu, Felda Mempaga seterusnya ke Karak manakala konvoi kereta pula menuju ke Simpang Pelangai bagi mempromosi kempen itu.

“Acara itu juga mempromosikan Karnival Bentong yang telah pun bermula pada 18 Ogos lalu dan akan berakhir pada ambang merdeka iaitu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran kermpen berkenaan di sini.

Destinasi konvoi motosikal Yamaha RXZ bermula dari Padang Tras menuju ke Simpang Pelangai.


Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong (MPB), Datuk Mohammad Shahid Ismail dan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, Misnan Mohd Damin.

Dalam pada itu, Azhar turut menyeru golongan muda agar sentiasa peka dengan kebebasan yang telah dinikmati sehingga kini.

“Seperti kita tahu, nak dapatkan status bebas bukan senang. Perlu korban keringat dan darah...sebab itu program seperti ini penting untuk anak-anak muda.

“Supaya mereka tahu betapa payahnya perjalanan pejuang-pejuang negara. Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun juga mempunyai peranan penting kepada pembangunan negara.

“Negara kita dijajah terlalu lama dan generasi muda perlu diingatkan semula,” katanya.


0 comments:

share2