Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 21, 2017

[KUANTAN] 'PERLU KETEPI PANGKAT'



‘Perlu ketepi pangkat’


Semua pemimpin dan tokoh agama diminta mengetepikan pangkat serta gelaran mereka dalam usaha mencari jalan bagi menyatukan umat Islam di negara ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, sekiranya gagal mencari kesepakatan dalam membangunkan masyarakat Melayu dan mempertahankan keagungan Islam, tidak ada makna segala gelaran yang ada.

Titah baginda, penganjuran majlis seperti ini patut dimanfaatkan dalam usaha mencari kaedah terbaik dalam memajukan bangsa Melayu dan umat Islam.

“Berbincanglah sebagai orang Melayu dan beragama Islam sepanjang majlis yang dianjurkan kini. Saya minta ketepikanlah segala gelaran, pangkat dalam mencungkil pemikiran demi kesejahteraan di negeri ini,” titah baginda pada Majlis Perasmian Multaqa Ilmuwan dan Profesional Pahang bertemakan ‘Peranan Ilmuwan dan Profesional Pahang Dalam Memangkin Kelestarian Dakwah dan Pembangunan Ummah di Dewan Astana, Hotel Grand Darulmakmur, di sini, kelmarin.

Turut hadir Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob; Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Dato' Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid.


0 comments:

share2