Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 17, 2017

PM MULAKAN LAWATAN KERJA DI P.PINANG


Najib mulakan lawatan kerja sehari di P Pinang


Butterworth - Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak tiba di Pangkalan Udara TUDM di sini pagi ini untuk lawatan kerja sehari di negeri ini.

Beliau disambut oleh Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Atur cara perdana menteri dimulakan dengan menghadiri mesyuarat bersama kepimpinan Barisan Nasional dan Umno negeri di sebuah hotel di Seberang Jaya.

Selepas itu, beliau akan menyertai lebih 20,000 orang dalam Majlis Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai.

Pada sebelah petang, Najib akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Rangka Tindakan 2.0 Wilayah Ekonomi Koridor Utara di Relau sebelum mengakhiri lawatannya dengan melawat Projek Perumahan Kos Sederhana di Sungai Nibong.


0 comments:

share2