Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 12, 2017

[MUADZAM SHAH] TANAM KEGUSARAN DALAM KALANGAN PENGEDAR, PENAGIH


Tanam kegusaran dalam kalangan pengedar, penagih


Op Sarang Khas yang dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri berjaya menanam ketakutan atau kegusaran kepada pengedar atau golongan yang menyalahgunakan dadah.

Adun Muadzam Shah, Dato' Sri Maznah Mazlan, berkata, tindakan proaktif yang dilaksanakan itu adalah sebagai menjunjung kasih kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memandang berat tentang masalah dadah di negeri ini.

Menurutnya, baginda bertitah supaya tindakan lebih drastik diambil untuk mengatasi jenayah berkenaan.

“Syabas saya ucapkan kepada semua pihak terutama PDRM yang berusaha mengesan, menyerbu dan menangkap kumpulan atau individu yang ada kaitan dengan penyalahgunaan dadah ini.

“Melalui Op Sarang Khas yang dilancarkan, usaha serentak menyerbu sarang-sarang dadah sebegini sudah pasti bukan hanya menggusarkan penjenayah dadah bahkan menakutkan mereka dan mengganggu operasi mereka,” katanya.

Beliau ditemui selepas sidang media Op Sarang Khas bersama Ketua Polis Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor di Dewan Dara, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan masyarakat supaya tidak hanya bergantung kepada polis sebaliknya turut memainkan peranan mengesan, memberi maklumat, mendidik atau membimbing anggota keluarga yang perlu dibuat secara berterusan.

“Perlu sentiasa tekankan ancaman dadah kepada individu, keluarga dan masyarakat dalam aktiviti seperti siasah, sosial, keagamaan dan ekonomi,” katanya.


0 comments:

share2