Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 1, 2017

[KUANTAN] MURID JATUH TINGKAT EMPAT KETIKA TANGKAP BURUNG


jatuh bangunan



KUANTAN - Seorang pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating di sini, parah selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah itu, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata Muhammad Syawal Heri, 12, dikatakan memanjat bumbung sekolah itu kira-kira jam 3.30 petang untuk menangkap burung bersama-sama empat rakannya.

"Mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh ke bahagian siling bangunan tingkat empat sebelum terjatuh ke tanah daripada ketinggian kira-kira 30 meter," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Aziz menambah pelajar itu yang beralamat di Kampung Bukit Palas, Cherating cedera parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Kemaman, Terengganu.

Beliau menambah siasatan lanjut masih dijalankan dan polis akan mengambil keterangan rakan mangsa dan kakitangan sekolah berkenaan. - Bernama




0 comments:

share2