Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 14, 2017

KILANG HARAM: DAP 'DOUBLE STANDARD' LAGI


Kilang haram memproses serbuk kayu.


Nibong Tebal – Parti DAP terus menampilkan sikap berpihak (double standard) dengan menyalahkan pihak lain berhubung isu kilang haram yang beroperasi di Penanti di sini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh masih direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi DAP terus menuding jari kepada pihak lain.

"Sepatutnya biarkan SPRM siasat, ini belum habis, hujah berkaitan kes pun belum dikeluarkan, mereka sudah bising tuduh pihak lain," katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal di sini semalam.

Jumaat lalu, Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Puyu serta dua lelaki direman untuk membantu siasatan kes sebuah kilang haram memproses serbuk kayu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


0 comments:

share2