Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 7, 2017

GILA KUASA? MAHATHIR SENDIRI SALAH GUNA ISA UGUT ZAHID LETAK JAWATAN - NAJIB




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kemali dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad menuduhnya sebagai gila kuasa.

Sebaliknya kata Najib, Dr Mahathir ketika memerintah negara selaku Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya menggunakan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) memenjarakan musuhnya tanpa bicara.

"Kalau dia (Dr Mahathir) kata orang lain gila kuasa, Tun Mahathir ini, 'senjata' apa dia tak guna? Datuk Zahid satu ketika dahulu Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bertaraf Naib Presiden UMNO, tetapi dimasukkan (dipenjarakan) dibawah ISA.

"Ibaratnya, saya masukkan Ketua Pemuda UMNO sekarang dibawah ISA. Tetapi ISA saya sudah mansuhkan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat deligasi UMNO Shah Alam, semalam.

Ujar Najib, Zahid menceritakan pengalaman dipenjarakan dibawah ISA kepadanya dan menjelaskan suasana didalam penjara gelap gelita.

Katanya, Dr Mahathir menghantar dua orang pegawai polis cawangan khas (SB) bertemu Zahid di penjara dan mengarahkan Zahid menandatangani sepucuk surat menyatakan beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO sekiranya ingin dibebaskan dari tahanan ISA.

"Bayangkan, (Zahid) dipilih oleh perwakilan UMNO, (Dr Mahathir) masukkannya dibawah ISA dan paksa beliau meletakkan jawatan. Datuk Zahid juga manusia biasa. Segagah-gagah manusia, bila difikirkan keluarga dirumah, lembik juga.

"Akhirnya, Zahid tandatangan lepaskan jawatan Ketua Pemuda," ujar Najib yang juga Presiden UMNO.

Justeru, sukar untuk mempercayai bahawa Zahid bertemu dengan Dr Mahathir untuk mendapatkan sokongan menggulingkan kerajaan pimpinannya ekoran bekas Perdana Menteri itu pernah menghumbannya ke dalam penjara dibawah ISA.

Kata Najib, Dr Mahathir kini cuba untuk melagakannya bersama Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

"Dia tak faham, Datuk Zahid dan saya bukannya baru (kenal). Dia bersama saya sejak 1986. Susah dan senang bersama. Saya pernah pertahankan Datuk Zahid di bahagian dia.

"Ketika itu Ketua Bahagian (Bagan Datuk) mahu cabar kedudukan beliau. Saya sebagai Ketua Pemuda pertahankan Datuk Zahid. Akhirnya Zahid menang," katanya sambil menambah Zahid merupakan rakan seperjuangannya didalam UMNO.


0 comments:

share2