Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 7, 2017

LELAKI PAKISTAN DALANG PEMALSUAN DOKUMEN




Seorang lelaki warga Pakistan dipercayai dalang sindiket pemalsuan dokumen ditahan dalam Op Joker yang dilancarkan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di ibu negara semalam.

Suspek berusia 32 tahun ditahan kediamannya di sebuah kondominium di Jalan Munshi Abdullah di ibu negara dalam serbuan jam 4 petang.

Lelaki terbabit pada awalnya menyatakan kononnya dia hanya bekerja sebagai tukang kebun dan penjual tekstil sejak berada di negara ini sembilan tahu lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menemukan sejumlah wang bernilai RM54,102 termasuk mata wang asing di dua unit kondominium disewa lelaki terbabit.

“Dalam serbuan pertama, kita menemukan alatan memproses dokumen palsu, pencetak cop Jabatan Imigresen, 62 pasport pelbagai negara serta wang tunai bernilai RM24,652, namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

“Walau bagaimanapun, dalam satu lagi serbuan di sebuah unit berasingan, suspek ditahan bersama sejumlah wang yang banyak di beberapa tempat dalam kediaman berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, siasatan awal turut mendapati suspek mempunyai wang simpanan sebanyak lebih RM40,000 dalam akaun bank miliknya.

“Suspek ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ayub turut mengesahkan warga Pakistan terbabit merupakan salah seorang daripada 134 warga asing ditahan dalam Op Joker di sekitar Masjid India semalam.


0 comments:

share2