Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 10, 2017

DAP MINTA SOKONGAN APANDI


DAP minta sokongan Apandi


Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali diminta menyokong petisyen pimpinan Pakatan Harapan untuk merujuk keputusan kerajaan bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Apandi disarankan berbuat demikian dan menasihatkan Perdana Menteri agar menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya merujuk hal tersebut kepada Mahkamah Persekutuan yang didapati bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pelanjutan tempoh khidmat kedua-dua hakim tersebut, Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin adalah bertentangan Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk isu tersebut kepada Mahkamah Persekutuan untuk dibuat semakan.

Katanya, peruntukan tersebut termaktub dalam Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan.

“Kesan buruknya termasuk menghalang peluang dan prospek sekurang-kurangnya lapan hakim Mahkamah Persekutuan, tiga daripadanya wanita.

"Lebih penting lagi, ia menafikan peluang Tan Sri Richard Malanjum sebagai Hakim Besar Sabah Sarawak yang pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara,” kata Kit Siang seperti disiarkan dalam Sin Chew Daily.


0 comments:

share2