Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 5, 2017

#CERAMAHRAKYAT: RAFIZI RAJA FITNAH NEGARA - DEVAMANY




Teluk Intan – Rafizi Ramli adalah ‘raja fitnah negara’, tegas Timbalan Presiden MIC, Datuk SK Devamany.

“Kita telah dihasut dengan satu kanser baru iaitu fitnah. Barahnya adalah hasutan. Ini menjadi satu budaya di seluruh dunia dengan muslihat-muslihat.

“Sekarang banyak negara kecoh kerana rakyat mengundi mengikut fitnah dan hasutan.

“Kita punya raja fitnah dan hasutan adalah rafizi. Dia sendiri mengaku budaya hasutan satu budaya untuk politik baru. Dia mengamalkan falsafah matlamat menghalalkan cara iaitu politik machiaveli.

“Macam-macam tohmahan mereka lakukan terhadap negara kita,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat di negara ini supaya lebih berhati-hati sebelum menerima setiap fakta yang dikemukakan oleh Naib Presiden PKR itu.

Mengakui masih terdapat kelemahan di dalam pentadbiran negara, namun kerajaan ujar beliau sentiasa berusaha untuk memperbetulkan kekurangan-kekurangan yang wujud.

“Sebagai insan kita bukannya sempurna. Kalau ada salah kita minta maaf dan akan cuba betulkan.

“Berilah peluang untuk kita betulkan semua. Kita tahu kelemahan kita, kita perlu sebuah negara yang telus, kita perlu sebuah negara yang dihormati dunia. Kita akan usahakan.

“Tapi janganlah kita hancurkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada program Ceramah Rakyat P.076 Teluk Intan di Mini Arena, Kg Ayer Hitam, di sini, malam tadi.

Turut hadir pada program tersebut Presiden Parti Gerakan Malaysia, Datuk Seri Mah Siew Keong dan ADUN Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamluddin serta pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Teluk Intan.


0 comments:

share2