Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 5, 2017

#CERAMAHRAKYAT: KIT SIANG AHLI PARLIMEN 'SUKE LARI' - MAH




Teluk Intan – Kredibiliti Veteran DAP, Lim Kit Siang sebagai ahli Parlimen wajar dipertikai, ujar Presiden Parti Gerakan Malaysia, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Ini kerana katanya, ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak pernah kekal bertanding di satu kawasan Parlimen sepanjang 10 penggal kariernya sebagai ahli politik.

“Kit Siang sudah 10 penggal tidak bertanding di kawasan sama, kenapa takut dengan pengundi sehingga ‘lari’ dan bertanding di 10 kawasan berbeza?

“Bila tidak berkhidmat di kawasan Parlimen yang dimenangi, maka rakyat akan sedar (dan mula menolaknya),” katanya.

Ini ujar beliau berbeza dengan pemimpin Barisan Nasional yang setia berkhidmat di kawasan masing-masing walaupun kalah pada pilihanraya.

“Saya sendiri kalah tetap di Teluk Intan, dan menang tetap di Teluk Intan,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada program Ceramah Rakyat P.076 Teluk Intan di Mini Arena, Kg Ayer Hitam, di sini, malam tadi.

Turut hadir adalah Timbalan Presiden MIC, Datuk SK Devamany, ADUN Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamluddin dan juga pemimpin komponen BN Teluk Intan.


0 comments:

share2