Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 2, 2017

MANSUHKAN CUKAI KE ATAS SETIAP KATIL DAHULU


Mansuhkan cukai ke atas setiap katil dahulu


Alor Gajah - Pembangkang seharusnya memansuhkan cukai yang dikenakan ke atas setiap katil di Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum bermimpi untuk menghapuskan Cukai Pelancongan yang akan dilanksanakan kerajaan Ogos depan.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini wujud ketidak sehaluan dalam pembangkang apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenakan Cukai Katil terhadap setiap pelancong yang bermalam di negeri itu, sedangkan individu terbabit juga antara yang pernah membangkang Cukai Warisan yang diperkenalkan di Melaka satu ketika dahulu.

Menurutnya, sewajarnya pembangkang memansuhkan terlebih dahulu cukai tersebut memandangkan Cukai Pelancongan yang akan kerajaan perkenalkan pada 1 Ogos ini bagi memberi manfaat serta merancakkan lagi sektor pelancongan di negara ini.

"Dia nak cakap tentang cukai, tapi Lim Guan Eng sewaktu kerajaan Melaka buat cukai warisan dia antara paling ketara bersuara.

"Bila dia memerintah, dia pula buat cukai setiap katil di Pulau Pinang..apa yang kerajaan lakukan ini untuk membantu industri pelancongan supaya boleh pulang semula ke sektor itu untuk industri ini boleh bersaing dan setanding negara lain," katanya.

Mas Ermieyati berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mencadangkan Akta Cukai Pelancongan dimansuhkan, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri Malaysia dan Ahli Parlimen Masjid Tanah ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitiri beliau di Ramuan China Besar, Masjid Tanah, malam tadi.

Hadir sama memeriahkan, Yang Dipertua Negeri,(TYT) Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron selain dihadiri kira-kira 15,000 orang dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan artis.


0 comments:

share2