Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 2, 2017

[KUANTAN] BAKAL PENGANTIN CARI ADIK KANDUNG


Bakal pengantin cari adik kandung


Hampir empat bulan berusaha mencari adik kandungnya yang hilang sejak April lalu, seorang wanita kini menemui jalan buntu.

Wan Rosinawati Wan Awang, 45, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Wan Adnan, 43, ialah ketika mahu melangsungkan perkahwinan Mac lalu.

Menurutnya, sejam sebelum berlangsung pernikahannya itu, Wan Adnan tiba-tiba menghilangkan diri dan sehingga kini gagal dikesan oleh keluarganya.

“Perkahwinan saya terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana tiada wali lain untuk diwakilkan dalam pernikahan itu.

“Usaha menjejaknya masih lagi diteruskan. Saya juga terpaksa memfailkan permohonan untuk mendapatkan wakil hakim di Mahkamah Syariah Kuantan,” katanya.

Dia yang tinggal di Kampung Pak Mahad turut meminta adiknya itu hadir ke Mahkamah Syariah pada 5 Julai ini.

Katanya, kehadiran lelaki itu penting bagi memudahkan urusan mahkamah bagi membolehkan pernikahannya berlangsung dengan berwalikan hakim.

“Saya berharap adik boleh tampil bagi menyelesaikan permohonan saya ini,” katanya.

Wan Rosinawati berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Wan Adnan boleh menghubunginya di talian 017-9515319.


0 comments:

share2