Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 9, 2017

MAHATHIR BUAT APA SAHAJA UNTUK LINDUNGI DINASTINYA




Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia terutama golongan muda semakin sedar dan jelik dengan permainan politik Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi melindungi dinastinya.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Mahathir yang kini bersama pembangkang perlu menghentikan permainan-permainan politik beliau.

“Cukup-cukup sudah permainan politik seperti ini. Beliau Malaysia tidak lagi mempunyai masa melayan impian Mahathir menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri bagi melindungi dinastinya.

“Belia negara tidak lagi mempunyai masa dengan agenda politik segelintir pihak yang hanya mementingkan untuk mendapat kuasa daripada kebaikan kepada rakyat dan negara.

“Terbukti apa sahaja Mahathir katakan tentang menyelamatkan Malaysia selama ini palsu,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mahathir semalam membuat pengumuman mengejutkan apabila beliau menyatakan sokongan keatas Anwar menjadi Perdana Menteri selepas hasratnya untuk mengetuai Pakatan Harapan dibantah hebat sebilangan besar ahli dan penyokong PKR sebelum ini.

Ramai pihak melihat tindakan Mahathir itu bukan untuk kepentingan politik Anwar, sebaliknya kerana kepentingan peribadi beliau yang dilambung kebimbangan terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Bank Negara (BNM) berhubung urusniaga matawang (Forex).

Ia ekoran Anwar antara individu yang berkemungkinan besar dipanggil memberi keterangan berhubung skandal tersebut kerana pada waktu itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri, manakala Perdana Menteri ialah Mahathir.

Sebilangan pihak turut mempercayai pengumuman Mahathir itu merupakan strategi politik beliau untuk meraih sokongan akar umbi PKR yang masih kuat menentangnya walaupun beliau kini bersama pembangkang.

Anwar sebelum ini mengumumkan beliau tidak mahu dirinya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 disebabkan perebutan yang berlaku dalam kalangan anggota parti Pakatan Harapan untuk menjadi calon jawatan berkenaan.

Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1998 memecat Anwar sebagai Timbalannya kerana Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan rasuah.

Anwar yang berang kerana kecurangannya terdedah melancarkan serangan balas dengan mendedahkan pula kecurangan Mahathir selaku Perdana Menteri melalui gerakan reformasi.

Gerakan reformasi Anwar waktu itu mendapat bantuan pembangkang yang mengambil kesempatan daripada dendam Anwar keatas Mahathir untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).


0 comments:

share2