Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 9, 2017

ANWAR CALON PM: APA PENDIRIAN MUHYIDDIN, RAFIZI?




Kuala Lumpur – Sikap bisu seribu bahasa ramai tokoh politik pembangkang berhubung pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad menyokong Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan menimbulkan tanda tanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Sohaimi Shahadan berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menyatakan pendirian beliau berhubung pengumuman penasihat partinya itu.

Kata beliau, keluarga Anwar pula menyatakan sama ada mereka telah memaafkan perbuatan Mahathir ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu selama ini, manakala Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli perlu menjelaskan sama ada segala tuduhan beliau tentang skandal membabitkan Mahathir selama ini tidak benar.

“Saya tidak terkejut dengan pusingan U terbaru Mahathir kini menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri pembangkang walaupun terpalit dengan hukuman penjara akibat jenayah liwat.

” Bahkan Mahathir yang mudah lupa kini sanggup menjilat kembali ludahnya apabila menyifatkan pula Lim Kit Siang dan DAP sebagai tidak rasis.

“Sedangkan semua maklum, selama berpuluh-puluh tahun Mahathir menjaja dan menegaskan bahawa Kit Siang sebagai seorang anti Melayu, Islam dan DAP sebagai parti rasis.

“Tetapi, kini beliau menarik kembali semua tuduhannya kerana kepentingan peribadi. Oleh itu saya memohon pendirian keluarga Anwar.

“Apakah mereka sudah memaafkan segala dosa-dosa Mahathir yang konon selama ini menzalimi bekas Ketua Pembangkang itu dan apakah Rafizi sudah membersihkan Mahathir daripada segala tuduhan skandal selama ini.

“Begitu juga saya menuntut pendirian pemimpin PPBM khususnya Muhyiddin sama ada bersetuju dengan keputusan Mahathir menerima Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir semalam membuat pengumuman mengejutkan apabila beliau menyatakan sokongan keatas Anwar menjadi Perdana Menteri selepas hasratnya untuk mengetuai Pakatan Harapan dibantah hebat sebilangan besar ahli dan penyokong PKR sebelum ini.

Sebilangan pihak bagaimanapun percaya pengumuman itu Mahathir itu merupakan strategi politik beliau untuk meraih sokongan akar umbi PKR yang masih kuat menentangnya walaupun beliau kini bersama pembangkang.

Anwar sebelum ini mengumumkan beliau tidak mahu dirinya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 disebabkan perebutan yang berlaku dalam kalangan anggota parti Pakatan Harapan untuk menjadi calon jawatan berkenaan.

Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1998 memecat Anwar sebagai Timbalannya kerana Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan rasuah.

Anwar yang berang kerana kecurangannya terdedah melancarkan serangan balas dengan mendedahkan pula kecurangan Mahathir selaku Perdana Menteri melalui gerakan reformasi.

Gerakan reformasi Anwar waktu itu mendapat bantuan pembangkang yang mengambil kesempatan daripada dendam Anwar keatas Mahathir untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sohaimi berkata, keputusan Mahathir menyokong Anwar juga bukan kerana kepentingan politik bekas Ketua Pembangkang itu, sebaliknya kerana kepentingan peribadi beliau yang dilambung kebimbangan terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Bank Negara (BNM) berhubung urus niaga matawang (Forex).

“Setelah segala usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui pelbagai helah gagal, Mahathir sedar beliau memerlukan talian hayat untuk menyelamatkan dirinya daripada RCI dan individu berkenaan semestinya Anwar dan Kit Siang,” katanya.


0 comments:

share2