Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 31, 2017

[LIPIS] KELIBAT PEMIMPIN PAS CURI TUMPUAN NAJIB


Kelibat pemimpin Pas curi tumpuan Najib


Kehadiran Ahli Jawatankuasa Pas Lipis, Mahyudin Ghazali ke Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis, di sini hari ini mencuri perhatian ahli Umno termasuk presiden parti, Dato' Sri Najib Tun Razak yang hadir bagi merasmikan persidangan itu.

Najib yang dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Pas tempatan itu berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah apabila pemimpin Pas datang ke majlis perasmian mesyuarat Umno.

“Jarang dalam persidangan Umno ada orang pas. Man … (Ketua Umno Bahagian Lipis Dato' Abdul Rahman Mohamad) ini merupakan satu kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis Di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.

Mahyudin hadir ke majlis berkenaan atas kapasiti sebagai Imam Masjid Kampung Tempoyang menerima peruntukan RM1.5 juta diumumkan Najib, untuk membaik pulih masjid kampung berkenaan, selepas menerima permohonan daripada Abdul Rahman.

Selain itu, Najib turut mengumumkan peruntukan mesin pengimbas untuk kegunaan Hospital Lipis.

​​​​​​​Sementara itu, Mahyuddin berkata, pihaknya berterima kasih kepada Najib kerana meluluskan peruntukan itu.

Beliau yang juga Pengerusi Maahad Tahfiz Kampung Tempoyang bersyukur dan turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menyumbangkan wang zakat untuk pengurusan pengajian tahfiz al-Quran di kampung tersebut.

"Peruntukkan ini akan digunakan untuk membaiki atap bocor serta tempat letak kereta. Memang kita gembira dan saya sendiri hadir ke majlis itu atas kapasiti iman dan wakil Maahad Tahfiz Kampung Tempoyang, namun saya berharap ia tidak dilihat dalam konteks politik memandangkan kedudukan saya sebagai ahli Pas dan Ahli Jawatankuasa Pas Lipis," katanya.

Mahyuddin pernah menentang Abdul Rahman bagi merebut kerusi Parlimen Lipis pada PRU13.


0 comments:

share2